Pertandingan Inovasi Projek PSMZA 2013
Alhamdulillah, untuk sesi JUN 2013 pelajar saya, Wafri, Syazwani & Syafawati telah berjaya mendapat anugerah projek terbaik Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Untuk peringkat PSMZA pula, projek mereka iaitu Smart Helmet telah mewakili Jabatan Kejureteraan Elektrik dan merangkul anugerah perak.

Perkara yang dapat saya simpulkan dalam pemilihan tajuk projek ialah:
- Bagaimana projek tersebut boleh menjadi sebagai satu produk yang benar-benar boleh digunakan.Bermaksud bukan hanya untuk simulation atau prototaip sahaja, tetapi boleh di kormesilkan.
- Projek tersebut perlulah mempunyai nilai inovasi yang tinggi. Projek seharusnya sesuatu produk yang belum ada di pasaran atau belum pernah lagi di patenkan. Seharusnya buat carian paten dahulu di laman web yang tertentu seperti www.uspto.gov/ dan dalam Malaysia http://www.myipo.gov.my/
- Seboleh-bolehnya projek tersebut belum pernah lagi dicipta, menyelesaikan permasalah yang berlaku dan boleh digunapakai oleh seluruh pengguna tanpa mengira latar belakang masyarakat.
24/10/2013
Pertandingan Inovasi Projek PSMZA 2012
Tahniah kepada pelajar-pelajar saya , Eizman, Haikal & Asma yang telah memenangi kategori Emas dan telah mengharumkan nama JKE . Kerja yang gigih pasti membawa kejayaan..Safety LED Jacket,dalam Utusan Malaysia 1 Nov 2012.
Semasa pertandingan projek berlangsung...bersama rakan sekerja.. Dasri dan Faizol, serta pelajar Haikal, Eizman & Asma.
Tahniah sekali lagi buat pelajar saya kerana pada 21 Nov 2012, projek mereka telah terpapar di dada akhbar Utusan Malaysia..
Projek tersebut juga telah mendapat penganugerahan projek terbaik semasa konvokesyen ke 10 PSMZA.
Format Proposal Projek
Bagi pelajar yang mengambil subjek projek, proposal amatlah penting sebelum memulakan sesebuah projek. Proposal merangkumi perancangan, bahan yang diperlukan, objektif, skop dan mungkin contoh-contoh kajian yang terdahulu. Bagi pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik , PSMZA yang mengambil subjek projek, pada semester 5 pelajar pelajar perlulah menghantar initial proposal kepada penyelia projek di awal semester. Dan pada akhir semseter, mereka perlu menghantar final proposal. Rajah dibawah menunjukkan item-item yang perlu ada dalam initial dan final proposal.
Wednesday, 10:33 a.m, 23 January 2013

No comments:
Post a Comment