Sunday, January 17, 2016

Half Adder

Di dalam sesebuah komputer, antara komponen yang paling asas ialah CPU. CPU atau central processing unit pula mempunyai komponen komponen tertentu seperti Control unit dan ALU. Control unit adalah komponen yang mengawal keseluruhan CPU manakala ALU pula akan melaksanakan operasi aritmetic dan logik atas arahan dari Control Unit.

 Dalam memahami konsep ALU, ia memerlukan kosep pemahaman dari asasnya. Perkara yang perlu di fahami ialah bagaimana proses tambah dan tolak dilaksanakan dalam sistem komputer. Perkara yang akan disentuh ialah berkenaan Half Adder dan Full Adder. Untuk itu, contoh akan diberikan menggunakan perisian Altera Quartus II.

Rajah 1 : Half Adder

Rajah 1 menunjukkan litar Half Adder atau penambah separuh yang menggunakan get EXOR dan get DAN. Terdapat 2 input A dan B, dan 2 output Sum dan Cout. Rajah 2 pula menunjukkan litar yang telah dijanakan oleh perisian Altera Quartus ini.


 Rajah 2: RTL Viewer circuit


 Apabila proses analisis dan synthesis selesai, dan tiada error yang wujud maka waveform boleh terus dibuat berpandukan kepada litar logik half adder. Rajah 3 menunjukkan waveform yang terhasil.

 

 Rajah 3: Half adder waveform.



Post yang akan datang akan membincangkan pula mengenai Full Adder.


Wednesday, January 13, 2016

Seven segment display

Seven segment display sangat banyak kegunaannya. Ia akan memaparkan nombor mahupun huruf yang dikehendaki oleh pengguna. Contoh penggunaan seven segment display adalah sebagai paparan angka giliran di bank, jam digital, panel meter pada alatan mesin dan sebagainya.


 
 Seven Segment Display


Seven segment display memerlukan input nombor BCD ialitu bermula 0 sehingga 9. Dengan kata lain, input nombor BCD ini perlu melalui IC BCD to Seven segment decoder sebelum disambung ke seven segment display tersebut. Pelbagai jenis dekoder yang boleh digunakan dalam membuat proses ini. Perkaitan antara kod BCD  dan Seven segment display adalah seperti rajah di bawah.


Input BCD akan dikodkan kepada kod seven segment. Untuk itu, kita memerluakan jadual kebenaran bagi memahami bagaimana proses pengkodan ini berlaku. Daripada jadual kebenaran, barulah akan terhasil litar logik untuk dekoder seven segment tersebut..