Alternator satu alat yang menjanakan tenaga elektrik . Tenaga elektrik terhasil daripada pemotongan fluks magnet dan gegelung atau coil . Semakin banyak fluks magnet yang terpotong, maka semakin tinggi tenaga yang dihasilkan. Gambar diatas adalah alternator untuk kereta Wira 1.5.
Antara tanda-tanda alternator tidak berfungsi boleh diperhatikan dengan :
- Radio, meter, lampu menjadi tidak berfungsi perlahan-lahan.
- Kereta tersengguk-sengguk seperti hendak mati. Kemungkinan, Kereta boleh bergerak dalam tempoh lebih kurang 20-30 minit tanpa alternator bergantung kepada bateri.
- Enjin mati apabila kabel bateri dicabut.
Motor Kipas Air-cond
Dari pengalaman saya, salah satu faktor air-cond kereta tidak sejuk adalah kerana kegagalan fungsi motor kipas air-cond. Kadang-kadang motor berputar tetapi dalam putaran yang lemah sehingga tidak dapat mengeluarkan haba panas dari ruang enjin. Masalah panas boleh dirasakan apabila kita terperangkap dalam jem ataupun kerata dalam keadaan parking. Apabila kita memandu laju, memang air-cong akan terasa sejuk.
Kadangkala motor kipas tersebut perlu diketuk beberapa kali barulah ianya berputar pada kelajuan yang sebenar. Ini bermakna ia perlu ditukar dengan yang baru...Harga motor tersebut dalam lingkungan RM60++.Kalau tidak, memang aircond tidak terasa sejuk.
Gambar di atas ialah motor air-cond yang telah diceraikan dari kipas.
Gambar diatas menunjukkan tempat sangkut kipas aircond.
Inilah connector motor kipas air-cond.



No comments:
Post a Comment