Wednesday, July 27, 2016

Wiring Practical Lab

Alhamdulillah..

Pelajar semester 1 walaupun dari pelbagai latar belakang aliran semasa di sekolah dapat menyiapkan tugasan pendawaian dengan begitu cermat dan kemas..

Bermula dari teori ringkas terhadap bahaya dan keselamatan semasa menjalankan pendawaian, sehinggalah melakukan pengujian terhadap litar yang dipasang.



Monday, July 18, 2016

Saturday, May 14, 2016

Keputusan Final Exam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Untuk pelajar pelajar saya yang mengambil kursus DEC3033 dan DEE2034, saya ucapkan tahniah dan syabas atas keputusan yang diperolehi. Bagi yang kurang cemerlang, jangan jadikan ianya alasan untuk tidak cemerlang pada masa akan datang. Sentiasalah bermuhasabah terhadap diri sendiri dan tampunglah kekurangan yang ada pada masa akan datang.

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil. Mungkin kadangkali keputusan yang diterima tidak seperti yang diingini, namun jika anda telah berusaha dengan sehabis baik, kepuasan akan terselam di dalam jiwa.

 

Monday, March 21, 2016

Practical Test

Assalamualaikum and good afternoon..

Hi class
Tomorrow i will proceed a practical test to our class.. Its about 1 hour to construct a circuit , answer a question, making discussion and conclusion. As we know the digital trainer is limited, so i will divide our class into 2 section. First section will be start at 12pm, and another section will be start at 1 pm.

So for this practical test , i will observe about how to construct a digital circuit without error , how to read an output, how to manage if error and how to read a IC pin configuration.

So class,my expected about your practical test is all the student can construct and understand how to manage a digital circuit without error and silly mistakes.

So make sure you prepare well tomorrow.. Below figure is a time table for practical test tomorrow..


Do not forget our tutorial presentation on 23/3/2016...Thanks..

Wednesday, March 2, 2016

Sistem Number exercise

For my DEE2034 students, try to answer a system number  exercise below. Make sure show the way how to get an answer..

 exercise1
 exercise2

Sunday, February 14, 2016

Penolak/ subtractor

Dalam sistem digital, proses penolakan dijalankan dengan menggunakan sistem pelengkap 1 ataupun sistem pelengkap 2. Untuk memahami pembinaan subtractor, perkara yang utama untuk difahami terlebih dahulu adalah half adder dan full adder. Untuk membina half subtractor, perlu tambahan get TAK pada salah satu masukannya supaya ia boleh menjadi sistem yang sama dengan sistem pelengkap.

Penggunaan get XOR juga boleh digunakan bagi membina litar yang lebih besar. Ini kerana get XOR berfungsi sebagai comparator kepada input yang diterimanya.Rajah di bawah menunjukkan litar subtractor 4 bit.

Rajah 1: Litar subtractor 4 bit


Dalam paparan RTL viewer, ianya seperti Rajah 2 dibawah:
 
Rajah 2 : RTL viewer

Bagi memastikan litar yang dibina betul, kita memerlukan simulation untuk membuktikannya betul atau tidak. Rajah 3 menunjukkan simulation waveform.


Rajah 3: Output Waveform




Sunday, January 17, 2016

Half Adder

Di dalam sesebuah komputer, antara komponen yang paling asas ialah CPU. CPU atau central processing unit pula mempunyai komponen komponen tertentu seperti Control unit dan ALU. Control unit adalah komponen yang mengawal keseluruhan CPU manakala ALU pula akan melaksanakan operasi aritmetic dan logik atas arahan dari Control Unit.

 Dalam memahami konsep ALU, ia memerlukan kosep pemahaman dari asasnya. Perkara yang perlu di fahami ialah bagaimana proses tambah dan tolak dilaksanakan dalam sistem komputer. Perkara yang akan disentuh ialah berkenaan Half Adder dan Full Adder. Untuk itu, contoh akan diberikan menggunakan perisian Altera Quartus II.

Rajah 1 : Half Adder

Rajah 1 menunjukkan litar Half Adder atau penambah separuh yang menggunakan get EXOR dan get DAN. Terdapat 2 input A dan B, dan 2 output Sum dan Cout. Rajah 2 pula menunjukkan litar yang telah dijanakan oleh perisian Altera Quartus ini.


 Rajah 2: RTL Viewer circuit


 Apabila proses analisis dan synthesis selesai, dan tiada error yang wujud maka waveform boleh terus dibuat berpandukan kepada litar logik half adder. Rajah 3 menunjukkan waveform yang terhasil.

 

 Rajah 3: Half adder waveform.



Post yang akan datang akan membincangkan pula mengenai Full Adder.


Wednesday, January 13, 2016

Seven segment display

Seven segment display sangat banyak kegunaannya. Ia akan memaparkan nombor mahupun huruf yang dikehendaki oleh pengguna. Contoh penggunaan seven segment display adalah sebagai paparan angka giliran di bank, jam digital, panel meter pada alatan mesin dan sebagainya.


 
 Seven Segment Display


Seven segment display memerlukan input nombor BCD ialitu bermula 0 sehingga 9. Dengan kata lain, input nombor BCD ini perlu melalui IC BCD to Seven segment decoder sebelum disambung ke seven segment display tersebut. Pelbagai jenis dekoder yang boleh digunakan dalam membuat proses ini. Perkaitan antara kod BCD  dan Seven segment display adalah seperti rajah di bawah.


Input BCD akan dikodkan kepada kod seven segment. Untuk itu, kita memerluakan jadual kebenaran bagi memahami bagaimana proses pengkodan ini berlaku. Daripada jadual kebenaran, barulah akan terhasil litar logik untuk dekoder seven segment tersebut..